Thursday, 7 November 2013

Terasa Hendak Update Blog Tetapi Tidak Tahu Hendak Tulis Tajuk Apa Jadi Aku Buat Keputusan Untuk Buat Ayat Ini Menjadi Tajuk Entry.

Gempak tak tajuk? Well biasalah tu. Baiklah, Hari ini aku rasa nak cakap pasal perkara yang aku suka atau dalam erti kata lain obses. Bawah ini adalah senarai benda yang aku suka :
  1. Kucing yang berbulu dan berkaki empat serta bermisai dan mempunyai telinga yang tajam di atas, Kalau yang lain aku Takmau. 
  2. Cili, cabai, sambal atau perkara yang sewaktu dengannya 
  3. Pasu yang ada pokok, ada bunga tambah-tambah lagi yang wangi baunya dan terang warnanya
Itu dia, sebenarnya banyak lagi. Well engko kenal kan siapa saya? Budak Malas.


Baiklah aku mulakan satu-satu, Aku rasa yang no satu tu aku takyah nyatakan kot, sebab korang yang baca blog aku sebelum ni akan tau betapa suka gila aku dengan kucing. So untuk tidak menghampakan korang aku bagi gambar ni..


Eceehhh, memikir masa depan.

Baiklah yang nombor dua pula.. Cili, Fuhhhh aku memang suka makan pedas. Kalau aku makan maggi tomyam mesti aku cari cili padi untuk makan sekali. Kalau pergi kedai makan, Contoh aku makan nasi goreng, aku akan mintak sekali Cili potong. Perghhhh..
Even aku tau makan pedas tu boleh meningkatkan asid dalam perut yang boleh menyebabkan kesan buruk kepada diri aku, tapi aku tetap berkeras, nak buat macam mana? itu memang feveret aku. Hahahahahha. itu lah yang dinamakan budak degil. Kepada sesiapa yang ingin mempelajari cara-cara menjadi degil sila call aku.
Dulu aku pernah nak tanam pokok cili dalam pasu dan letak di dalam bilik aku supaya nanti bila aku nak makan maggi boleh aku petik je. Hahhahaha. Tapi aku tahu pokok itu akan layu walaupun mendapat cahaya matahari yang secukupnya. Korang fikir la sendiri sebab apa beliau akan layu.

cili ! :D

Okey yang ketiga tu aku rasa kebanyakan perempuan suka. Aku suka bunga yang wangi.. Sebab tu aku suka minyak wangi. Aku akan excited bila ada orang bagi aku bunga. Mak aku pernah bagi aku bunga masa birthday, aku jaga bunga tu, tapi tak tahan lama sebab dia akan layu. Masa dekat Cameron dulu aku pernah beli bunga tapi tak lama kemudian apabila disimpan dirumah, bunga itu layu. Aku taktau sangat macam mana nak bagi bunga tu tahan lama. Maybe hanya manusia yang mempunyai hati yang suci sahaja dapat menghalang bunga itu daripada layu. Ecehh macam dalam drama korea pulerrr,

Nanti bila aku dah besar dah dewasa dah matang bila aku dah ada rumah besar kebun yang luas dengan ada kolam renang ditepi, aku nak suruh tukang kebun aku tanam banyakk bunga dekat sekeliling rumah aku supaya wangi jaaa dan segarrrr dan cantik jaaa mata memandang. Hahaha, Kononnya aku akan dapat semua tu -.- . 

Aku rasa dengan cara tanam pokok semua ni akan lebih mendekatkan diri kita kepada yang Maha Kuasa, Kita akan menghargai dan merasai keindahan dan kenikmatan ciptaan Allah yang Maha Esa. Sambil tengok pokok-pokok ni, sambil kita berzikir dan semakin tenang hati kita. Kalau orang stress selalu diorang akan minum arak supaya mabuk atau hisap rokok. Aku rasa semua tu akan memburukan lagi keadaan. Lebih baik kalau kita pergi solat atau menikmati ciptaan Allah seperti pokok yang hijau atau laut biru yang terbentang luas. Sambil kita menikmati, semakin kita berasa tenang. Semua beban yang ada tu macam terbang daripada bahu dan kepala. Sebenarnya banyak lagi cara nak hilangkan stress, pergi berkelah bersama family, bergelak ketawa. keluar dengan kawan. aku pun kadang-kadang tengok running man untuk hilangkan stress ;). Tak semestinya perlu mabuk minum arak atau dadah tu semua. Hanya orang yang tak bijak je akan memilih cara tu.

Aku nak bagi sikit gambar
indah tak ;') aku nak terjun dalam tu. harap tiada jerung,

Okey aku rasa nak makan puding la -.- , Ni semua akibat terpengaruh oleh conan makan ketika sedang minum petang bersama Ran dan Kogoro Mouri. Nak p pujuk Mama buat puding lah ! Okey bye Adios !

No comments:

Post a Comment