Monday, 4 February 2013

Just Copy :)



Suatu Hari di Bilik Kauseling........

Kaunselor : Apakah pekerjaan Encik Saidul?

Encik Saidul : Saya bekerja sebagai MA di sebuah Hospital.

Kaunselor : isteri pula?

Encik Saidul : Dia tidak bekerja. Hanya suri rumah sahaja.

Kaunselor : Tiap-tiap pagi siapa yang sediakan sarapan pagi?

Encik Saidul : Isteri yang sediakan sebab dia tak kerja.

Kaunselor : Pukul berapa Isteri bangun untuk sediakan sarapan??

Encik Saidul : Pukul 5 pagi dia bangun kerana saya akan keluar bekerja pada pukul 6.30 pagi.

Kaunselor : Anak-anak encik Saidul ke sekolah bagaimana??

Encik Saidul : Isteri yang hantar sebab dia tidak bekerja.

Kaunselor : Selepas hantar anak-anak, Isteri buat apa?

Encik Saidul : Pergi ke pasar, kemudian balik rumah untuk memasak dan kemas rumah. dia kan tak bekerja.

Kaunselor : Petang hari selepas Encik Saidul balik rumah, apa yang Encik Saidul lakukan?

Encik Saidul : Balik berehat, kerana seharian saya penat bekerja.

Kaunselor : Apa Isteri awk buat?

Encik Saidul : Sediakan makanan, melayan anak, mengemas dan dia juga mengambil upah menjahit. Dia menjahit sehingga lewat malam kerana dia tidak bekerja.

Berdasarkan cerita di atas, anda rasa siapa yang lebih banyak bekerja??
Rutin seharian si isteri bermula dari sebelum Subuh sehingga lewat malam, itu juga dikatakan TIDAK BEKERJA??
Suri rumah memang tidak perlukan segulung ijazah atau pangkat yang besar, tetapi peranan suri rumah sangat penting!