Sunday 3 August 2014

Time your waste don't

Assalamualaikum.
It's a long long long long time since i update my last post in mah belog.
Actually today i want to talk about Masa. Did you read my title? ''Don't waste your time'' K sebenarnya aku saja gedik tulis tajuk terbalik. like what our grandmotherfather said ''Time is gold'' Okay actually semua orang cakap macam tu. Mak ayah kawan cikgu pengetua even tukang kebun pun berpendapat demikian. So Korang tahu ke kenapa mereka berkata begitu? Mengapa masa itu emas? Kerana masa tidak boleh diputar balik. And Masa jauh lebih mahal daripada emas. Masa tak dapat diwarisi, dari seorang ayah yang bertaqwa. Masa tak dapat di jual beli, ia tiada di tepian pantai. Macam familiar ja lagu. ihiks gedik. *sepakdirisendiridisertakanbersamatendanganikhlasdimuka*

Why kenapa aku tetiba cakap pasal masa ni? Adakah aku sedang mengigau atau menaip dalam tidur? No No No No. Actually aku saja gedik kononnya nak buat entry yang lebih matang dan serius padahal hampeh. Semua ni poyo.. Poyo.. poyoo ! 

Lately aku selalu buang masa dengan berwechat bertwitter berinstagram. update status macam-macam, tweet macam-macam, post gambar macam-macam. And hampir semua yang aku update tu macam tidak bermakna kepada sesiapa. Contoh aku update "aku tengah tido'' and orang yang baca tu macam ''Ada aku kesah? Kau mampos pun aku tak kesah'' or ada yang scroll dan like status tanpa perasaan and ada yang tak baca pun tapi main like ja. Kita manusia ni kalau dah dapat banyak like mula la perasan '' awww depa care pasal aku *blink* *blink*'' Padahal itu semua hanya propa dan mainan perasaan sahaja. Aku rasa semua ni buang masa. Ya. Buang masa

So disebabkan teknologi yang maju dan uptodate ni semua orang ketagih, semua benda nak update, semua benda nak show off. Gambar teh ais pun nak update. and you got 100 likes only for teh ais? apakah makna semua ini? adakah ini semua ada agenda disebaliknya atau orang yang mengepost gmbar teh ais ini mempunya misi rahsia yang besar? Ceh dah macam cita james bond puler. semua benda nak tunjuk padahal takda sesiapa kesah pun. Lainlah kalau korang artis or budak hot kannn. Ayat macam ada ja artis nk baca belog aku ahahhahaahha dream dream dream.

Okay berbalik pada teknologi yang serba canggih ini. Aku rasa aku dah buang banyak masa dengan online. Contoh esok nak exam, okay maybe aku baca buku. tapi baca buku dengan phone disebelah, baca buku depan laptop. Aku rasa benda ni yang cuba halang aku. Okay maybe mereka cakap. baca buku boring la, mengantuk la hadap buku lama-lama.. Okay so untuk menyelesaikan masalah mereka letak la laptop kat depan bagi tak ngantuk. Okay i'm asking you, korang banyak tengok buku or laptop? Berapa banyak kali korang jeling kat laptop? Boleh ka tumpu dengan pembacaan korang sambil online? berapa banyak muka surat korang dapat baca dalam masa 1 jam? maybe dapat baca satu muka surat ja. Tu pun kalau paham dan ingat. Okey maybe ada sesetengah manusia boleh ikut dengan cara ni. Tapi berapa ramai?

While i'm asking you, you should asking yourself too. 

So kita boleh online. kita boleh update macam-macam. Tapi, kenalah siapkan homework dan ulangkaji dulu rightttt? Aku ni lembab nak paham apa cikgu ajar. Seriously aku ni susah nak tngkap apa yang cikgu cakap. aku kena lalui beberapa proses dahulu sebelum sesuatu maklumat hadam dalam otak aku. So apa aku kena buat? ulangkaji dulu sebelum cikgu ajar dan ulangkaji lagi selepas cikgu ajar. *tapi aku tak buat pun kahkah --'* Okay maybe korang-korang rasa i ni nasihat orang tapi i tak buat pun. Well aku masih dalam proses nak berubah T_T. Remember. Actions speak louder than words okay? love love love

Actually aku sangat jeles dengan orang yang cepat tangkap dan cepat ingat ni. Kalaulah aku dapat mewarisi kebijaksanaan mak dan ayah aku. -..-

Tapikan, i rasa kadang-kadang online pun ada paedah juga, contohnya jadual terbakar ka jadual kene makan dengan burung gagak ka, dalam masa yang sama kredit fon kita habis jadi kita tak dapat nak call kawan. so kita boleh la tanya kawan-kawan yang tengah online untuk mendapatkan maklumat iye dokkk?

Okay u alls. I rasew sampai sini je kotttt. jari-jemari princess tini dah sakit menaip. lenguh tau tangan ni. uhukkkkk :'( sian titewww. KAHKAHKAHKAH.

okay tatatatatatatata. love much !


Wednesday 20 November 2013

Running Man.

Hai. (:

Mesti korang tertanya-tanya dan dibelenggu dengan bermacam-macam soalan kenapa aku letak gambar ikan jerung di atas sedangkan tajuknya Running Man ?. Aku pun tak tau . Aku rasa aku perlukan sesuatu yang ganas dalam belog aku supaya nampak lebih buas. Jadi aku membuat keputusan untuk letak gambar binatang tu ahahaha.. Belog nampak buas ? Jyeaahh Buasssssss.. Eh btw dua ekor ikan kat depan tu nampak omeeyy aaangat.

Korang nak tau.. Eh asal kecik sangat tulisan ni ? Oh a'ah lupa nak besarkan, kejap. Aku nak mengadu sikit harini. Aku penat gila-gila harini. Tahap muka kepenatan aku dah mencecah tahap bila orang makan cili padi mulut dia kembong dan ada keluar asap dekat telinga and hidung dia. Tangan aku sekarang ni pun dah tak boleh menaip dengan betul seperti ada gam gajah yang melekat-lekat kat jari. Cuba bayangkan aku type sekarang dengan jari aku rapat-rapat semua. Punya malas nak bukak jari -.-.

 Aku taktau kenapa otak aku dok nyanyi lagu Duit den bertingket-tingket, duit den bertingket-tingket by WARIS sekarang ni. Takda pulak aku dengar lagu itu hari ini. Sudah lah otak, cukup lah nyanyi lagu tu >:( Dah takda lagu lain ka haihhh. Aku rasa kadang-kadang aku macam Patrick. Maki hamun otak sendiri.

Ohya Kawan aku nama Dan Daniel, suruh mention nama dia kat belog ni. Haaaa Dan Daniel aku dah sebut nama kau kat sini. Harap kau femes lah lepas  ni. Sila lantik mana-mana bodyguard sebelum wartawan datang serang kau dengan senapang  Kamera. 

Tadi pergi Tesco dengan akak, tak beli apa-apa pun. Jalan-jalan then makan. Test-test minyak wangi kat kedai kononnya nak beli siap tanya harga dengan nama padahal nak pakai minyak wangi tu sebab kat rumah tadi lupa nak pakai. Then pusing-pusing satu tesco, masuk kedai beg, baju, kedai kasut dan sebagainya.

Mesti korang tengok apa yang aku tulis ni takda kena mengena pun dengan tajuk kan ? Mula-mula aku nak padam balik semua kat atas ni, tapi aku rasa sayang nak padam sebab dah tulis banyak. So aku sambung kat sini je lah. Aku just nak bagitau yang Kwangsoo datang Malaysia pada 4 January 2014 nanti.


Kwangsoo ;D

Kwangsooo aaaaaaaaaaaaaaaa kwangsoooo aaaaaaaaaaaaaaa, Aku suka hang tau tak !
sila buat muka--> (-.-) <-- ketika membaca.

Aku dah lama tak tengok episode running man diamana diorang bekerjasama semua 7 orang dalam menyelesaikan tugasan yang ditugaskan oleh PD. Selalunya kita tengok diorang bekerjasama dalam group atau diorang diagih-agihkan kumpulan. Episode ni Lawaakk memang lawakk. Walaupun diorang banyak gaduh. Tapi diorang punya semangat nak menang tu tinggi. Daeeeebaakkk aku bagi diorang. Ohya, ini adalah salah satu rancangan dimana kalau diorang gaduh penonton tak bengang. Penonton(akulahtu) siap gelak terbahak-bahak sampai terbatuk-batuk. Mata buat pangkah mulut nganga luas.




Aku betul-betul sayang running man sebab running selalu menceriakan hari-hari aku kalau aku sedih. Aku sayang sesuatu perkara yang buat aku gembira.

Okeylah. Aku rasa nak update lagi banyak pasal running man tapi nanti la.. Aku post lain. Bye Assalamualaikum.














Thursday 7 November 2013

Terasa Hendak Update Blog Tetapi Tidak Tahu Hendak Tulis Tajuk Apa Jadi Aku Buat Keputusan Untuk Buat Ayat Ini Menjadi Tajuk Entry.

Gempak tak tajuk? Well biasalah tu. Baiklah, Hari ini aku rasa nak cakap pasal perkara yang aku suka atau dalam erti kata lain obses. Bawah ini adalah senarai benda yang aku suka :
  1. Kucing yang berbulu dan berkaki empat serta bermisai dan mempunyai telinga yang tajam di atas, Kalau yang lain aku Takmau. 
  2. Cili, cabai, sambal atau perkara yang sewaktu dengannya 
  3. Pasu yang ada pokok, ada bunga tambah-tambah lagi yang wangi baunya dan terang warnanya
Itu dia, sebenarnya banyak lagi. Well engko kenal kan siapa saya? Budak Malas.


Baiklah aku mulakan satu-satu, Aku rasa yang no satu tu aku takyah nyatakan kot, sebab korang yang baca blog aku sebelum ni akan tau betapa suka gila aku dengan kucing. So untuk tidak menghampakan korang aku bagi gambar ni..


Eceehhh, memikir masa depan.

Baiklah yang nombor dua pula.. Cili, Fuhhhh aku memang suka makan pedas. Kalau aku makan maggi tomyam mesti aku cari cili padi untuk makan sekali. Kalau pergi kedai makan, Contoh aku makan nasi goreng, aku akan mintak sekali Cili potong. Perghhhh..
Even aku tau makan pedas tu boleh meningkatkan asid dalam perut yang boleh menyebabkan kesan buruk kepada diri aku, tapi aku tetap berkeras, nak buat macam mana? itu memang feveret aku. Hahahahahha. itu lah yang dinamakan budak degil. Kepada sesiapa yang ingin mempelajari cara-cara menjadi degil sila call aku.
Dulu aku pernah nak tanam pokok cili dalam pasu dan letak di dalam bilik aku supaya nanti bila aku nak makan maggi boleh aku petik je. Hahhahaha. Tapi aku tahu pokok itu akan layu walaupun mendapat cahaya matahari yang secukupnya. Korang fikir la sendiri sebab apa beliau akan layu.

cili ! :D

Okey yang ketiga tu aku rasa kebanyakan perempuan suka. Aku suka bunga yang wangi.. Sebab tu aku suka minyak wangi. Aku akan excited bila ada orang bagi aku bunga. Mak aku pernah bagi aku bunga masa birthday, aku jaga bunga tu, tapi tak tahan lama sebab dia akan layu. Masa dekat Cameron dulu aku pernah beli bunga tapi tak lama kemudian apabila disimpan dirumah, bunga itu layu. Aku taktau sangat macam mana nak bagi bunga tu tahan lama. Maybe hanya manusia yang mempunyai hati yang suci sahaja dapat menghalang bunga itu daripada layu. Ecehh macam dalam drama korea pulerrr,

Nanti bila aku dah besar dah dewasa dah matang bila aku dah ada rumah besar kebun yang luas dengan ada kolam renang ditepi, aku nak suruh tukang kebun aku tanam banyakk bunga dekat sekeliling rumah aku supaya wangi jaaa dan segarrrr dan cantik jaaa mata memandang. Hahaha, Kononnya aku akan dapat semua tu -.- . 

Aku rasa dengan cara tanam pokok semua ni akan lebih mendekatkan diri kita kepada yang Maha Kuasa, Kita akan menghargai dan merasai keindahan dan kenikmatan ciptaan Allah yang Maha Esa. Sambil tengok pokok-pokok ni, sambil kita berzikir dan semakin tenang hati kita. Kalau orang stress selalu diorang akan minum arak supaya mabuk atau hisap rokok. Aku rasa semua tu akan memburukan lagi keadaan. Lebih baik kalau kita pergi solat atau menikmati ciptaan Allah seperti pokok yang hijau atau laut biru yang terbentang luas. Sambil kita menikmati, semakin kita berasa tenang. Semua beban yang ada tu macam terbang daripada bahu dan kepala. Sebenarnya banyak lagi cara nak hilangkan stress, pergi berkelah bersama family, bergelak ketawa. keluar dengan kawan. aku pun kadang-kadang tengok running man untuk hilangkan stress ;). Tak semestinya perlu mabuk minum arak atau dadah tu semua. Hanya orang yang tak bijak je akan memilih cara tu.

Aku nak bagi sikit gambar
indah tak ;') aku nak terjun dalam tu. harap tiada jerung,

Okey aku rasa nak makan puding la -.- , Ni semua akibat terpengaruh oleh conan makan ketika sedang minum petang bersama Ran dan Kogoro Mouri. Nak p pujuk Mama buat puding lah ! Okey bye Adios !

Wednesday 6 November 2013

Ibu Kucing

Hai Assalamualaikum..

Sapa percaya gambar ni aku ? Hahaha, terima kasih kerana percaya. Entah gambar anak sapa aku culik. Maaf ya.

Aku nak cakap pasal, KUCING. Korang bagilah kucing apapun memang aku rasa nak bawak balik. Tapi janganlah kucing kurap korang bagi aku. Itu penampor namanya. Bagi la kucing parsi ke. Hahaha. Aku rasa nak gigit-gigit je kalau aku ada kucing secomel ni

Harrrr Cair :*

Comelnya, aku dah tak tahan. Aku rasa nak tekan perut kucing tu sampai terkeluar isi perut. HAHAHAHAHA. Amaran, itu hanyalah gurauan. Jangan ambil serious. 

Dulu minat aku pada kucing tidak terbatas sehinggakan aku pernah membuat keputusan untuk tidak bekerja dan menjaga semua kucing yang aku jumpa bila aku besar nanti. Kira-kira dalam 50-100 ekor macam tu. Boleh nampak betapa hebadnya imaginasi aku? Kononnya aku kaya sangat nak beli semua makanan diorang dan bawa diorang ke klinik haiwan untuk mendapatkan rawatan setiap bulan sedangkan diri sendiri kecut perut untuk berdepan dengan orang yang hanya jaga kaunter di klinik apatah lagi untuk berjumpa dengan para doktor yang amat pakar dalam bidang kedoktoran ini? Harrrr Semput -.-. So bila aku dah rasa diri aku matang (matang sangat !!) dan boleh berfikir sedikit. Baru aku sedar yang aku perlukan wang untuk semua itu. Har Har Har.

However, aku selalu berasa kagum dengan manusia-manusia yang berhati mulia yang sanggup memberi makan kucing yang terbiar di tepi-tepi jalan. Ada yang membawa pulang dan membersihkan kucing-kucing itu. Rasa hendak menangis dan tersentuh hati apabila melihat mereka membelai dan mengusap kucing yang kelaparan itu dengan penuh kasih sayang dan belai kasihan. Ya Allah. Kau balaslah perbuatan mereka yang mulia ini diakhirat dengan ganjaran syurgamu. 

Pada suatu hari, Aku makan dekat sebuah tempah makan. Aku makan dekat luar kedai tu. Luar kedai tu ada meja. Aku ternampak atau terlihat seekor ibu kucing yang mencari makan untuk anak-anaknya yang ramai. Meminta dan merayu kepada aku makanan. dia berkata meow, meow, meow, meow. Aku boleh agak apa yang ibu kucing itu katakan. ''Cik, bagilah saya sedikit makanan, untuk anak saya yang ramai ini, jika cik berasa terbeban dengan permintaan saya, berikan sahaja saya sisa makanan yang telah cik makan atau tulang-tulang ikan yang cik telah makan isinya.'' itu apa yang aku fikirkan. Aku pun berilah makanan aku kat kucing tu. Aku bagi separuh ikan keli dalam pinggan aku dekat kucing tu. Lepastu anak-anak kucing tadi makan dengan kelaparan. Ibu kucing itu hanya makan sedikit dan berikan selebihnya kepada anak-anaknya. Lepas habis makan dia jilat anak dia sekor-sekor. Ayah anak kucing tu langsung tak bertanggungjawab, lepas melepaskan nafsu terus tinggalkan anak-anak dia dan mencari kucing lain untuk mengawan-.-. Ibu kucing sanggup bersusah-payah menjaga anak-anaknya walaupun dia tahu dia pernah terlanjur dengan kucing jantan dulu. Kalaulah manusia mempunyai perasaan dan perangai begini. Aku rasa tiada kes buang bayi. Mereka tidak akan tergamak buang bayi itu kalau diorang ada perasaan sayang seorang ibu kepada anaknya seperti seekor ibu kucing tadi.

Fuhhh.. Nampak tak? xD Aku memang bersemangat sikit harini. Aku nak buat kesimpulan, Walaupun bayi itu lahir dalam berkeadaan tiada ayah, seorang ibu tu mesti tabah dalam menjaga anaknya walaupun itu mungkin membebankan mereka. Allah bagi ganjaran tidak semestinya kita nampak didunia sahaja, tetapi diakhirat nanti mungkin lebih daripada itu :').

Anak adalah anugerah yang Allah berikan kepada kita, jadi kita mestilah menghargai pemberian Allah yang Maha Esa tersebut dengan memberi perluang kepada mereka untuk hidup dengan sebaik-baiknya. Kepada manusia yang membuang bayi itu, ingatlah bahawa dunia ni sementara ja, Kalau kau taknak merasai api neraka, janganlah kau nak terfikir buat macam tu.

So, aku taktau kenapa aku boleh terfikir untuk membuat entry berunsur nasihat seperti ini, dan aku bukanlah orang yang layak memberi nasihat kerana aku ni pun macam tuuuttt je perangai.. Tapi aku rasa taksalah untuk aku buat entry ni hanya untuk pengajaran kita bersama ;)


Me and my mom ;)