
Sapa percaya gambar ni aku ? Hahaha, terima kasih kerana percaya. Entah gambar anak sapa aku culik. Maaf ya.
Aku nak cakap pasal, KUCING. Korang bagilah kucing apapun memang aku rasa nak bawak balik. Tapi janganlah kucing kurap korang bagi aku. Itu penampor namanya. Bagi la kucing parsi ke. Hahaha. Aku rasa nak gigit-gigit je kalau aku ada kucing secomel ni

Harrrr Cair :*
Comelnya, aku dah tak tahan. Aku rasa nak tekan perut kucing tu sampai terkeluar isi perut. HAHAHAHAHA. Amaran, itu hanyalah gurauan. Jangan ambil serious.
Dulu minat aku pada kucing tidak terbatas sehinggakan aku pernah membuat keputusan untuk tidak bekerja dan menjaga semua kucing yang aku jumpa bila aku besar nanti. Kira-kira dalam 50-100 ekor macam tu. Boleh nampak betapa hebadnya imaginasi aku? Kononnya aku kaya sangat nak beli semua makanan diorang dan bawa diorang ke klinik haiwan untuk mendapatkan rawatan setiap bulan sedangkan diri sendiri kecut perut untuk berdepan dengan orang yang hanya jaga kaunter di klinik apatah lagi untuk berjumpa dengan para doktor yang amat pakar dalam bidang kedoktoran ini? Harrrr Semput -.-. So bila aku dah rasa diri aku matang (matang sangat !!) dan boleh berfikir sedikit. Baru aku sedar yang aku perlukan wang untuk semua itu. Har Har Har.
However, aku selalu berasa kagum dengan manusia-manusia yang berhati mulia yang sanggup memberi makan kucing yang terbiar di tepi-tepi jalan. Ada yang membawa pulang dan membersihkan kucing-kucing itu. Rasa hendak menangis dan tersentuh hati apabila melihat mereka membelai dan mengusap kucing yang kelaparan itu dengan penuh kasih sayang dan belai kasihan. Ya Allah. Kau balaslah perbuatan mereka yang mulia ini diakhirat dengan ganjaran syurgamu.
Pada suatu hari, Aku makan dekat sebuah tempah makan. Aku makan dekat luar kedai tu. Luar kedai tu ada meja. Aku ternampak atau terlihat seekor ibu kucing yang mencari makan untuk anak-anaknya yang ramai. Meminta dan merayu kepada aku makanan. dia berkata meow, meow, meow, meow. Aku boleh agak apa yang ibu kucing itu katakan. ''Cik, bagilah saya sedikit makanan, untuk anak saya yang ramai ini, jika cik berasa terbeban dengan permintaan saya, berikan sahaja saya sisa makanan yang telah cik makan atau tulang-tulang ikan yang cik telah makan isinya.'' itu apa yang aku fikirkan. Aku pun berilah makanan aku kat kucing tu. Aku bagi separuh ikan keli dalam pinggan aku dekat kucing tu. Lepastu anak-anak kucing tadi makan dengan kelaparan. Ibu kucing itu hanya makan sedikit dan berikan selebihnya kepada anak-anaknya. Lepas habis makan dia jilat anak dia sekor-sekor. Ayah anak kucing tu langsung tak bertanggungjawab, lepas melepaskan nafsu terus tinggalkan anak-anak dia dan mencari kucing lain untuk mengawan-.-. Ibu kucing sanggup bersusah-payah menjaga anak-anaknya walaupun dia tahu dia pernah terlanjur dengan kucing jantan dulu. Kalaulah manusia mempunyai perasaan dan perangai begini. Aku rasa tiada kes buang bayi. Mereka tidak akan tergamak buang bayi itu kalau diorang ada perasaan sayang seorang ibu kepada anaknya seperti seekor ibu kucing tadi.
Fuhhh.. Nampak tak? xD Aku memang bersemangat sikit harini. Aku nak buat kesimpulan, Walaupun bayi itu lahir dalam berkeadaan tiada ayah, seorang ibu tu mesti tabah dalam menjaga anaknya walaupun itu mungkin membebankan mereka. Allah bagi ganjaran tidak semestinya kita nampak didunia sahaja, tetapi diakhirat nanti mungkin lebih daripada itu :').
Anak adalah anugerah yang Allah berikan kepada kita, jadi kita mestilah menghargai pemberian Allah yang Maha Esa tersebut dengan memberi perluang kepada mereka untuk hidup dengan sebaik-baiknya. Kepada manusia yang membuang bayi itu, ingatlah bahawa dunia ni sementara ja, Kalau kau taknak merasai api neraka, janganlah kau nak terfikir buat macam tu.
Anak adalah anugerah yang Allah berikan kepada kita, jadi kita mestilah menghargai pemberian Allah yang Maha Esa tersebut dengan memberi perluang kepada mereka untuk hidup dengan sebaik-baiknya. Kepada manusia yang membuang bayi itu, ingatlah bahawa dunia ni sementara ja, Kalau kau taknak merasai api neraka, janganlah kau nak terfikir buat macam tu.
So, aku taktau kenapa aku boleh terfikir untuk membuat entry berunsur nasihat seperti ini, dan aku bukanlah orang yang layak memberi nasihat kerana aku ni pun macam tuuuttt je perangai.. Tapi aku rasa taksalah untuk aku buat entry ni hanya untuk pengajaran kita bersama ;)
Me and my mom ;)
No comments:
Post a Comment