Tuesday, 21 May 2013

Stress

                                                 

'Saya nak kerja ini minggu depan''

Kata cikgu Bahasa Melayu kepada pelajar-pelajar 3 Ceria..
Tetapi bukan kerja sekolah bahasa melayu sahaja yang memenuhi jadual hidup saya.
Malahan juga, Math Sej Sains BI dan lain-lain

Ada juga yang memasuki pertandingan spell it right, kami perlu menghafal 250 patah perkataan yang tidak pernah kami dengar mahupun lihat sepanjang kami hidup selama 15 tahun..

                                       
                                                \\


 perkataannya susah untuk dihafal, tidak semudah menghafal nama-nama artis di Malaysia. Mahupun menghafal lirik-lirik lagu diradio, Ianya seperti menghafal 1200 nama murid-murid di RPK.. Adakah ianya masuk akal ? Wujudkah manusia diantara kami yang dapat menghafal 250 perkataan scientific dalam hanya masa seminggu ? Ya Mungkin ada..

kalau ada pun dia sangat pro

Mungkin boleh jika ditambah setitik usaha, Wait.

'sebaldi usaha'

Oh ya, Ada juga kerja kursus yang datang menyemak dalam hari-hari saya ..

malas memikirkan semua ini. Kalau boleh saya mahu masuk kembali zaman tadika saya.
Zaman yang amat terbilang.. Zaman diamana saya menghabiskan masa dengan menonton cerita-cerita kartun, Zaman diamana saya hanya perlu mengeja Bi yu bu ke yu ku.. Buku :/ ..

Masa tu kalau nak tido dalam kelas pun cikgu tak marah..

Oh sudah la Tini ! , Tidak perlu lah awak memikirkan masa lalu.. fikir la masa hadapan yang cerah itu..


Cerah ke ?

Hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi kami pelajar-pelajar tingkatan 3 akan menduduki PMR


Kami cuak :/

Ada pelbagai rasa yang dapat kami dapat nikmati , rasa takut, gementar, berdebar, blank, sedih, risau dan pelbagai lagi rasa yang dimana jika ia dicampurkan akan menjadi resepi masakkan..


Adakah Senior-senior kami turut merasakan perasaan itu ? perasaan yang boleh membawa kami ke tanjung rambutan .. perasaan yang boleh membawa maut.. Oh sungguh sakit perasaan ini..Jika perasaan ini boleh dibakar sudah lama ia hangus dibaham api kepanasan yang membara..

Oh ayatku sangat puitis

Saya perlu merehatkan otak saya yang mampat ini. Takut-takut meletup, susah pula untuk mencari serpihannya..


Bye.. Assalamualaikum..

No comments:

Post a Comment